Home Berita PAS Kedah

Tidak meminta jawatan malah Majlis Syura putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding

331
SHARE

 

ALOR SETAR,22 JUN 2023– Keputusan untuk menghantar calon Pas bertanding tertakluk pada Majlis Syura.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md menyifatkan ahli Pas sebagai orang yang tawaduk apabila mereka sendiri tidak meminta jawatan, malah ada calon Pas yang sedia ada meminta untuk menarik diri bagi memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan semua keputusan tersebut tertakhluk kepada Majlis Syura bukan pada batang tubuh seseorang individu. Apa sahaja keputusan, mereka perlu akur kepada pilihan dan keputusan Majlis Syura walaupun pada awalnya mereka tidak mahu bertanding.

“Ada daripada ADUN Pas nyatakan hasrat tak mahu bertanding. Orang Pas ni tawaduk, mereka tak tawar diri, kalau tidak dipilih tidak datang beban.

“Ada juga calon Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang sudah jadi ahli Parlimen tak mahu bertanding DUN lagi, termasuk Pas. Mereka mahu beri peluang kepada orang lain,” katanya.

“Keputusan untuk dicalonkan bukan pada batang tubuh tetapi keputusan parti. Kalau parti minta individu itu bertanding, dia perlu terima.

“Ada kemungkinan parti arahkan dan ia satu kewajipan untuk individu tersebut, termasuklah orang yang tak mahu bertanding lagi,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada kesemua calon disenaraikan memenuhi kriteria dan layak diangkat sebagai calon PRN, Muhammad Sanusi bagaimanapun menegaskan bahawa segala keputusan dibuat oleh Majlis Syura.

“Saya tak tahu sama ada setakat ni semua layak atau tidak. Majlis Syura yang buat keputusan. Mungkin saya pun tak layak (daripada penilaian Majlis Syura),” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Pas negeri hanya akan membuat tapisan awal menerusi ‘bank calon’ dengan menamakan empat atau tiga nama di sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Terkini, kesemua nama senarai calon Pas Kedah sudah dihantar ke Majlis Syura Pas. Begitulah prinsip Ahli Pas, setiap kali pilihanraya, mana-mana calon Pas akan diteliti dan diputuskan sendiri oleh Majlis Syura untuk memuktamadkan siapa yang akan bertanding.

“Majlis Syura akan teliti senarai, banyaklah nama sebab mereka adalah tapisan dalam bank calon Pas. Di setiap DUN, mungkin hantar empat hingga tiga nama.

“Majlis Syura akan putuskan siapa yang akan bertanding kelak,” katanya pada sidang akhbar selePas mempengerusikan mesyuarat Exco terakhir sebelum pembubaran DUN Kedah, di Wisma Darul Aman semalam.