Home Berita PAS Kedah

Dialog ‘Temu Anwar’ mencemar prestige universiti

1353
SHARE

Disediakan oleh: DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

ALOR SETAR,21 JUN 2023-Buka sahaja di tiktok, banyak video-video tersiar mengenai PMX bersama mahasiswa di universiti.

Dalam sesi dua hala tersebut, pelbagai soalan yang diajukan oleh mahasiswa, terutamanya mengenai hala tuju negara. Malangnya jawapan yang diberikan sangat menghampakan mahasiswa yang hadir.

Idea apa yang PMX cuba ketengahkan? Hanya lontaran fitnah dan meraih sokongan?

Universiti merupakan tempat berkumpulnya ahli ilmu dan pusat perkembangan ilmu. Penuntut universiti pula diajar untuk mempunyai adab dan tatasusila sebagai seorang penuntut ilmu.

Menepati sebagai ‘Gedung Ilmu’ setiap perbincangan dan urusan perlu menggunakan data dan fakta yang tepat dan sahih.

Peringkat sebagai seorang ‘Mahasiswa’ yang disajikan dengan dialog ilmiah perlu mendapat maklumat bertepatan dengan situasi, data dan fakta yang sahih.

Malangnya, Temu Anwar di pelbagai universiti tidak mencerminkan aktiviti ilmiah tersebut. Banyak fakta tidak tepat telah dikeluarkan oleh PMX.

Antaranya, angka lepasan SPM yang tidak menduduki SPM sebanyak 30,000 telah dimaklumkan di UMK oleh PMX tidak sama dengan data daripada kementerian yang mana hanyalah 14,858 orang pelajar sahaja tidak menduduki SPM.

Bayangkan jika pelajar ijazah Pendidikan atau Sains Sosial yang ingin membuat kajian berkenaan pelajar lepasan SPM tetapi menggunakan data yang salah. Apa kesannya kepada hasil penemuan tersebut?

Sikap menabur janji tanpa berbincang bersama Ahli Kabinet akan menyebabkan Mahasiswa mempunyai tafsiran yang salah tentang urus tadbir kerajaan.

Setiap tindakan kerajaan (ataupun janji PM) mestilah diluluskan oleh mesyuarat kabinet negara yang berlangsung pada setiap hari rabu di Putrajaya.

Bayangkan jika mesyuarat kabinet tidak meluluskan janji seorang Perdana Menteri. Sudah tentu mahasiswa akan melihat bahawa kerajaan yang ada dari dulu dan akan datang hanya menabur janji demi kepentingan politik peribadi.

Ini sudah tentu mencemari integriti sebuah kerajaan dalam melaksanakan tugas mereka.

Apa yang dilakukan oleh PMX sekarang di Universiti Awam hanyalah sebagai agenda kempen politik kerajaan semasa sahaja. Perbuatan menanam kebencian kepada kerajaan sebelumnya telah menjadi skrip dialog utama Temu Anwar.

Walaupunn anda seorang Perdana Menteri, jangan cemarkan institusi universiti semata-mata meraih populariti dalam medan politik.

Tidak pernah mana-mana pemimpin sebelum ini melakukan perkara “luar tabie” begini.