Home Berita PAS Kedah

Tuba dibalas madu

1005
SHARE

Tak sampai satu penggal pun lagi MB Sanusi pimpin Kedah, semua orang dah kenal MB Sanusi.

PMX pula dah berpuluh tahun lamanya dikenali. Menjadi satu-satunya yang digelar bapa reformasi di Malaysia.

Tak padan untuk PMX takut dengan MB Sanusi. Takut yang tidak terkawal melahirkan rasa marah lalu terbit serangan tidak masuk akal ke atas batang tubuh MB Sanusi.

Angkuh, sombong, ‘loqlaq’, ‘kasaq’, suka gaduh. Cuba perhati bila MB Sanusi dilabel macam ini. Bila diserang musuh politik. Wajarkah?

PMX pun suka langgar protokol. Untuk nampak ‘real’. Pelawat luar yang nak tonton sidang parlimen 5 minit pun kena pakai ‘tie’. Alih-alih PMX nak jadi terpaling santai, cabut ‘tie’.

Lain kolam lain ‘game’. Sebahagian apa yang orang luar kata dekat MB Sanusi, orang Kedah tak anggap sama.

Yang kasaq tu, orang Kedah nampak hero kepada rakyat.

Apatah lagi, MB Sanusi muncul di celahan kemelut dan krisis politik. Memimpin negeri misikin tetapi menggiurkan pelabur besar masuk menabur bakti di Kedah.

Hingga syarikat segergasi Porsche datang membuka kilang di KEDAH.

Dah miskin, mestilah nak bagi kaya. Tetapi cuba dihalang dan disekat. Mahunya Kerajaan Madani ini apa?

Mungkin masih terkejut ada rupanya ‘fighter’ hati kering persis MB Sanusi dalam PAS. Bijak dan handal mengurus negeri.

Maka wajarlah PMX seram nak berdepan dengan MB Sanusi.

Orang yang dituduh tidak beradab ini sebenarnya telah dilayan dengan lebih biadab sekali.

3 surat dihantar MB Sanusi yang tidak dibalas PMX. Orang nak berunding, nak juga diasak bergusti.

Siapa sombong siapa angkuh? MB Sanusi berucap sebelum LIMA,

“kita habaq kerajaan negeri Kedah akan bagi kerjasama penuh kepada agensi persekutuan yang ada di Kedah atau yang nak mai ke Kedah untuk buat apa sahaja.

Kami akan layan sampai hampa rasa kunjungan hampa sepanjang hayat ke Kedah adalah kunjungan paling baik yang hampa pernah terima.”

Maka, saksikanlah betapa meriah dan gahnya sambutan LIMA Ke-16.

Terbaik sepanjang sejarah penganjuran. 6 MoU ditandatangani antara Kedah Aerotropolis dengan syarikat antarabangsa. Sempat!

Seluruh yang hadir akan merasai betapa isitimewanya dan bersopan santunnya negeri yang dipimpin orang ‘kasaq’ ini.

Kedah punya kerja baik, Malaysia dapat nama.

Malulah PMX. Cuba memercik tuba tetapi dihidang madu oleh MB Sanusi.

Terlalu kecil tekanan yang cuba dihimpit ke atas tubuh MB Sanusi dibanding harapan dan semangat membara beliau untuk terus memperjuangkan Kedah.

“Kalau kita boleh ‘run’ Kedah, PAS pun boleh ‘run’ negara”. Boleh tera tu?

“Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti”.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

YB Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat

ADUN Sungai Limau

24 Mei 2023