Home Berita PAS Johor

Terima kasih cikgu

87
SHARE

لولا المربي لما عرفت ربي

Jika bukan kerana guru, maka aku tidak akan mengenal Tuhanku.

Ya, kejayaan terbesar seorang guru adalah bila mana guru itu berjaya mendidik para pelajar  mengenal Tuhannya.

Dewan Muslimat Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua  guru kerana jika bukan kerana ilmu yang kalian curahkan, mana mungkin bakat muda  dapat digilap menjadi permata.

Sebagai contoh,baru-baru ini, kejayaan Adik Ahmad Azfar Azraie dalam bidang musabaqah Al Quran telah mengharumkan negara Malaysia.

Johan Musabaqah Al Quran “Mazamir Dawud” peringkat Antarabangsa di Algeria itu sekali gus menonjolkan ayahnya, Ustaz Azraie Abdul Haq  sebagai guru Al Quran adik Azfar.

Inilah yang dimaksudkan dengan kejayaan seorang guru apabila membawa murid lebih mengenal Tuhan.

Muslimat Johor berharap agar lebih ramai lagi ikon anak muda seperti Azfar dapat ditonjolkan dan dapat digilap oleh insan bernama guru.

Sesungguhnya orang yang mengajarkan kepada orang lain sesuatu yang bermanfaat, maka dia akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjanagan. 

Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:  “Apabila seseorang insan meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak solleh yang sentiasa mendoakannya.”  (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar ialah menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru kepada orang lain. 

Jangan segan berkongsi ilmu yang ada kerana hakikatnya sudah pasti ia milik Allah SWT. Dengan cara ini, guru-guru kita akan terus mendapat ganjaran pahala yang baik dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai.

“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Nur Qasedah Nordin

Ketua Penerangan

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor