Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah Perikatan Nasional Negeri Kedah baru selesai mengadakan Himpunan Jentera Pilihanraya peringkat Negeri semalam. Kehadiran lebih 40 ribu petugas pilihanraya parti-parti komponen PN menyerlahkan komitment tinggi para petugas bagi mempastikan Kedah dapat dipertahankan oleh PN dalam PRN nanti.
Bagi pihak Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah, saya ingin merakakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Himpunan. Juga kepada para pemimpin utama parti-parti komponen PN yang hadir membakar semangat para petugas parti.
Saya menyeru supaya semua petugas mengekalkan semangat tinggi sehingga ke hari mengundi. Masa yang berbaki sangatlah singkat berbanding banyak kerja yang perlu disempurnakan.
Sekalipun, berdasarkan fenomena gelombang kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang kuat menyokong PN, hasrat untuk mengekalkan kerajaan tampak mudah namun kita tidak harus pandang enteng sebaliknya mestilah berwaspada (hazar) kerana pihak lawan akan melakukan apa sahaja taktik kotor bagi menghadapi kita. Para petugas hendaklah kekal berdisplin dan mematuhi arahan.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengekalkan kerajaan dengan mandat yang lebih besar dan kukuh.
Selamat Bertugas.
Mohamad Hilmi bin Abdul Wahab
Pengarah
Jentera Pilihanraya PAS Negeri Kedah
14 Mei 2023