Home Berita PAS Kedah

100 orang terpilih sekitar Pantai Merdeka terima sumbangan dari Kerajaan Negeri Kedah

166
SHARE

ALOR SETAR, 16 APRIL – 100 orang terpilih sekitar Pantai Merdeka terima sumbangan dari Kerajaan Negeri Kedah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1444 H /2023 Masihi.

Penerima sumbangan  terdiri daripada Guru Al-Quran Sukarela, Mudim, Bidan Kampung, Jurumandi Jenazah, Bomoh Patah dan Penggali Kubur.

Sumbangan berbentuk barangan serta wang tunai telah disampaikan oleh ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim mewakili YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman kepada 100 orang penerima yang bertempat di Maahad Tahfiz As Safwah Padang Temusu.

Dalam ucapan perasmian, YB Ustaz Ahmad Fadzli berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus istiqamah membantu menjaga kebajikan rakyat.

 “Kerajaan Negeri Kedah akan terus istiqamah membantu menjaga kebajikan dan meraikan rakyat negeri ini, ini kerana banyak berjasa dan sumbangan khidmat bakti mereka kepada masyarakat setempat tanpa mengira waktu.” ujarnya

Turut hadir Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat – N27 Pantai Merdeka En SaifulAzli Ahmad serta AJK PKWR dan Unit Pembangunan Wanita PKWR.