Home Berita PAS Kedah

Semarak Kasih Ramadhan PAS Padang Terap

72
SHARE

Oleh : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG,7 APRIL 2023 – Ramadhan Al Mubarak adalah bulan yang mulia dan penuh barakah.Tahun ini sekali lagi PAS Kawasan Padang Terap mengadakan program Semarak Kasih Ramadhan yang mana kali ini Dun Kuala Nerang sebagai tuan rumah.

Sebanyak 50 buah rumah yang di ziarahi dan di santuni oleh 10 buah kumpulan yang di ketuai oleh kepimpinan PAS Padang Terap dan PAS Negeri Kedah sekitar Padang Terap petang kelmarin.

Yang diPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz merangkap Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah bersama kepimpinan PAS Kedah iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato Ust Hj Ahmad B Yahya, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Syeikh Rodhi,YB.Ustaz Hanif Ghazali, Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah YB.Siti Ashah Ghazali serta ADUN Kuala Nerang YB.Hj.Munir Zakaria, ADUN Pedu YB.Mohd Radzi Md Amin,Ketua Dewan Ulamak PAS Padang Terap Ustaz Habibullah Salleh, Pengarah Pilihanraya Ustaz Kyairul Syafizan Zakaria turun menyantuni penduduk kampung di sekitar Padang Terap.

Ziarah Semarak Kasih Ramadhan ini di sertai bersama kotak makanan yang di berikan kepada masyarakat kampung yang di ziarahi tanda ingatan dari PAS Kawasan Padang Terap.

Ustaz Mohd Azam turut merakamkan ucapan jutaan terima Kasih kepada kepimpinan PAS Negeri Kedah dan semua yang terlibat,semoga di pertemukan lagi di Ramadhan yang akan datang.

Turut hadir bersama terdiri dari Ahli Jawatankuasa PAS Padang Terap, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan kedua-dua JPrD Pedu, JPrD Kuala Nerang dan kedua-dua Ahli Jawatankuasa Halwa Dun.