oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR,3 APRIL – Pemuda PAS Kg Pondok turun ke lapangan bagi menghulurkan tenaga baiki bumbung rumah yang terkesan.
Kejadian angin kencang yang melanda di Kg Bendang Dalam beberapa hari yang lepas telah memusnahkan sebahagian bumbung beberapa buah rumah.
Hal ini telah mendapat perhatian daripada beberapa pemuda PAS Kg Pondok. Sebagai bantuan awal, pemuda-pemuda ini menyumbang dan mengerahkan tenaga untuk membantu baiki bumbung rumah setakat yang termampu.
Tindakan ini patut diberi pujian dan dijadikan contoh untuk generasi muda pada masa kini. Walaupun tidak dapat menghulurkan wang, namun sedaya upaya turun membantu dengan apa yang termampu bagi meringankan beban mangsa angin kencang tersebut.
Sedia maklum sejak kebalakangan ini, banyak rumah di beberapa tempat turut terkesan dengan angin kencang yang melanda. Oleh itu semua diminta untuk sentiasa berjaga-jaga.
Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi.
Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut.