Home Melaka

Rencana | Rakyat dihalang keluar KWSP- Salah siapa?

373
SHARE

Oleh IBNU JANIE

RAKYAT pada masa ini memang benar-benar marah dengan pendirian kerajaan PH-BN terhadap permintaan agar diberi kebenaran untuk pengeluaran KWSP. Ditambah lagi dengan kerajaan memperkenalkan kaedah pinjaman dengan cagaran KWSP iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi menyelesaikan isu ini.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pula menyarankan agar rakyat berniaga sebagai penyelesaian, ketimbang melakukan pengeluaran KWSP. Tambah ‘berapi’ rakyat mendengar.

Tidak lama dahulu, entah dari mana datangnya, tersebar informasi kononnya mereka yang membuat pinjaman dengan skim FSA2 ini tidak perlu membayar ansuran bulanan. Hilang sekejap kemarahan rakyat pada kerajaan. Bukan main berkepak ‘macai’ PH-BN masa itu kononnya skim ini keputusan bijak kerajaan.

Tetapi kebanggaan itu tidak lama apabila dua bank yang terlibat dengan skim ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank menafikan peminjam tidak perlu membayar ansuran bulanan pinjaman. Perlu bayar macam biasa.

Tetapi yang rakyat paling pelik sebenarnya mengapa PH dan BN yang semasa pemerintahan PN dahulu mereka yang menjadi juara mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran secara tidak bersasar. Tetapi selepas mereka berkuasa, jangankan pengeluaran bersasar, malah rakyat tidak boleh langsung mengeluarkan wang KWSP mereka.

Ketika Malaysia diperintah PN-BN semasa Covid-19 melanda pemimpin-pemimpin PH yang ketika itu pembangkang dan pemimpin Umno yang tidak berada dalam kerajaan memainkan isu ini untuk menjadikan mereka popular dan menjatuhkan imej kerajaan PN-BN.

Antara yang lantang mendesak agar kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bebas ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi dan Setiausaha Agung Umno pada masa itu Ahmad Maslan.

Mereka menjadi hero dengan membuat hantaran-hantaran di media-media sosial mereka. Mereka memainkan sentimen dengan menjadi batu api agar rakyat marah. Segala kisah-kisah sedih dibangkitkan agar orang ramai marah kepada kerajaan.

Akhirnya kerajaan PN-BN pada masa itu terpaksa akur kepada desakan pihak-pihak ini dan rakyat yang mendesak agar pengeluaran dibenarkan tanpa bersasar.

Pada masa itu kerajaan PN-BN berhujah bahawa pengeluaran besar-besaran wang KWSP boleh menjejaskan situasi kewangan institusi itu. Selain itu ia juga akan menyebabkan pencarum-pencarum yang tidak terjejas akan berkurang simpanan hari tua mereka jika pengeluaran dibuat.

Yang lucunya, inilah juga hujah yang digunakan oleh kerajaan sekarang untuk merasionalkan tindakan mereka menghalang rakyat mengeluarkan wang KWSP mereka.

Sebenarnya mereka bukan tidak tahu fakta ini, namun dahulu mereka bukan dalam kerajaan dan mahu jadi popular dengan menjadi batu api tanpa memikirkan kesan kepada negara dan pencarum itu sendiri.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-gesa-kerajaan-benarkan-pengeluaran-kwsp-dengan-segera-350878?amp=1


 

Kata mereka lagi, dahulu memang wajar pengeluaran tidak bersasar, tetapi sekarang tidak sesuai lagi untuk sebarang pengeluaran kerana dahulu ada Covid-19, tetapi sekarang tidak lagi.

Kita juga harus ingat bahawa masih ada lagi rakyat yang terjejas akibat Covid-19 ini walau pun wabak ini sudah berkurangan dengan ketara sekarang ini. Kesan terhadap ekonomi akibat Covid-19 hakikatnya akan mengambil masa yang panjang.

Ini ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan pada masa ini membantu rakyat yang terjejas walau pun pada masa ini ekonomi berjalan seperti biasa dan pendapatan kerajaan tidak terjejas.

Jika dibandingkan pada masa pemerintahan PN-BN semasa Covid-19 melanda dahulu, berpuluh bilion Ringgit dibelanjakan kerajaan untuk membantu rakyat walau pun ekonomi ditutup dan kerajaan kekurangan hasil.

Sebenarnya jika dahulu ahli-ahli politik PH-BN yang oportunis ini tidak mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran secara tidak bersasar, maka KWSP tidak akan menghadapi masalah pengeluaran dana secara besar-besaran. Dan sudah pasti program pengeluaran khas untuk mereka yang masih terjejas pada masa kini boleh dilakukan dengan mudah.

Ada yang kata dulu PN halang rakyat keluar KWSP, kenapa sekarang desak kerajaan? Tidak. PN konsisten dari dahulu hingga sekarang mahu pengeluaran secara bersasar. Boleh semak fakta.

Dan sekarang mereka ‘menuai’ segala kerja batu api mereka dahulu untuk menyusahkan kerajaan PN-BN dalam urusan pengeluaran KWSP apabila ‘servis bertukar tangan’. Besar kuasa Allah SWT membalikkan situasi dengan mereka menghadapi kemarahan rakyat akibat kerja buat mereka sendiri semasa menjadi pembangkang.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 17 April 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH