Adun Maharani menghargai sumbangan anggota polis.
Oleh: SHARIFAH AJIL
MUAR, 27 MAC : Sempena Hari Polis ke- 216, Adun Maharani, Abd Aziz Talib turun menyantuni ke balai polis sekitar Muar sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan anggota polis kepada masyarakat.
Sedikit sumbangan disampaikan oleh beliau ke Balai Polis Parit Jawa. Sementara sumbangan di IPD Muar dan Balai Trafik Muar telah disampaikan oleh mantan Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim.
Beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk veteran dan pesara polis.