Home Berita PAS Kedah

Sumbangan makanan kepada penduduk Durian Burung, Padang Sanai

49
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP ,22 MAC – Menjelang Ramadhan, PAS Padang Terap bersama Pusat Khidmat Parlimen Padang Terap turun menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada penduduk Durian Burung Padang Sanai.

Seramai 30 orang penduduk Kampung Remia Manis, Durian Burung menerima sumbangan tersebut.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang diPertua PAS Padang Terap merangkap Pegawai Khas Kanan YAM Menteri Besar Kedah Ustaz Mohd Azam Abd Aziz.

Turut sama hadir dan menyampaikan sumbangan ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Habibullah Salleh merangkap Pengarah Pusat Khidmat ADUN Kuala Nerang juga Setiausaha PAS Padang Terap Saudara Rosli Jaaffar.