Home Berita PAS Kedah

Pembangunan sektor akuakultur

55
SHARE

 

Kuala Kedah tidak asing lagi daripada industri perikanan. Sejak sekian lama saya telah menyuarakan tentang hal pembangunan sektor perikanan khsusus dalam bentuk akuakultur.

Baru-baru ini sewaktu lawatan kerja di Sabah. Saya melihat sendiri bagaimana usahawan akuakultur tempatan di sana mampu menjana keuntungan yang amat memberangsangkan.

Lawatan kerja di kolam udang kepunyaan Hj. Moktar. Saya mendapati hasil tuaian udang itu mencecah 2 tan. Anggaran purata keuntungan bernilai hingga puluhan ribu ringgit.

Selain itu, Hj. Moktar juga memanfaatkan tanah berhampiran kolam tersebut dengan cara menanam pokok tin. Kaedah yang diguna pakai beliau sekaligus melipatgandakan hasil pendapatan.

Terlintas dalam buah fikiran saya, perjuangan untuk memajukan industri akualultur di Kuala Kedah. Bulan lalu saya sudah menyuarakan perkara tersebut semasa sesi pembahasan dalam sidang parlimen di dewan rakyat.

Saya sangat mengharapkan pihak terlibat seperti Kementerian pertanian & industri makanan serta Kementerian pembangunan usahawan supaya memandang serius terhadap hal ini.

Oleh kerana, Parlimen Kuala Kedah sewajarnya mendapat perhatian dari pihak kerajaan persekutuan. Merancang serta membantu usahawan-usahawan tempatan untuk meningkatkan lagi kualiti perusahaan.

Ini merangkumi dalam konteks memperhebatkan lagi program-program di peringkat bawah. Secara langsung, rakyat di bawah di dedahkan dengan peluang yang mampu diceburi.

Ini kerana dengan insentif projek akuakultur mampu memberi pulangan modal dan hasil keuntungan yang sangat berpatutan. Secara tidak langsung ia dapat memberikan manfaat kepada kerancakan ekonomi setempat.

“Nafas Baru Kuala Kedah”
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
YB Dr. Ahmad Fakhruddin
Ahli Parlimen Kuala Kedah