Home Berita PAS Kedah

Program ‘Singgah Cakna’ sempena hari pertama persekolahan

82
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 21 MAC – Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman semalam menghadiri lawatan kerja ke pasti di sekitar Padang Serai bersama Ketua Pemuda PAS Padang Serai, Shahrul Anuar Ilias bersempena hari pertama persekolahan.

Program yang dinamakan sebagai program “Singgah Cakna” tersebut melibatkan lawatan ke enam buah PASTI. Dalam masa yang sama, sedikit sumbangan turut diberikan kepada para guru dan pelajar.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meninjau perjalanan PASTI dan SRITI untuk hari pertama persekolahan pada tahun 2023 ini.

Menurut satu catatan di Facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai, “Singgah Cakna” ke PASTI-PASTI akan diadakan secara berkala pada setiap bulan. Antara tujuan utamanya adalah untuk bertaaruf dengan guru dan murid serta mendapatkan maklum balas tentang keperluan PASTI masing-masing.

Turut serta Mohd Nakhaie Naka, Timb. Ketua Pemuda dan beberapa AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai.