Oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 6 MAC – Khidmat Malaysia Negeri Kedah bersama Khidmat Malaysia Sik, Padang Terap dan Baling terlibat dalam Ops Cuci Banjir di Kawasan Labis.
Ops Cuci daripada Team Fasa 1 tersebut diketuai oleh YB Pak Su Die. Misi ops Cuci kali ini melibatkan beberapa buah kediaman, sekolah dan dewan. Lumpur yang sedikit tebal sedikit mengambil masa untuk membersihkan sebuah tempat.
Oleh itu kami menyeru kepada semua pihak untuk turut sama terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir di Johor dan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak.
Untuk makluman, Khidmat Malaysia Pusat telah mengaktifkan Pusat Operasi atau Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat untuk memantau dan menguruskan bantuan banjir di Johor.
Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir yang terlibat.