Home Berita PAS Kedah

Pesakit strok terima katil pesakit

86
SHARE
Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

POKOK SENA – Jamil Bin Din seorang penoreh getah dari Kampung Pauh yang terlantar akibat strok telah menerima katil pesakit.

Menurut cerita dari isteri beliau,”Setahun dah strok ni, mula-mula dulu dia jatuh dalam kebun getah, pastu dia jadi Minor Strok.”

“Baru ni dalam bulan satu, dia nak ikut saya pi kebun getah, nak teman saya menoreh,

saya bawak moto, dia naik kerusi roda auto, ikut belakang, pastu jari dia tertolak auto kedepan tu jatuh dalam parit, tu jadi lagu ni, tak leh bangkit terus.”,tambah isterinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung YB.Ustaz Salim Mahmood telah turun ziarah dan menghantar katil pesakit kepada beliau.

“Kami doakan semoga beliau diberikan kesembuhan dan dengan pemberian katil tersebut dapat memberi keselesaan serta dipermudahkan segala urusan.