Home Berita PAS Kedah

Penuhi keperluan pesakit kanser buah pinggang tahap 4

178
SHARE

 

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 21 FEB – Tuan Zakaria Sulaiman Penyelaras Dun Alor Mengkudu dan Tuan Haji Zulkifli Yahaya, Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah memenuhi keperluan seorang remaja yang menghidap kanser buah pinggang tahap 4.

Sejurus sahaja mendapat berita bahawa Nur Ayu Mas Aiza, 19 memerlukan sumbangan kerusi roda serta kewangan untuk membiayai kos rawatan penyakitnya, Zulkifli dan Zakaria mengambil peluang menziahari Ayu di Kampong Alor Sekawan, Mukim Tajar Isnin lepas dan memberi sedikit sumbangan.

Dalam ziarah tersebut, Ayu menerima sumbangan berbentuk wang ringgit. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan daripada Menteri besar Kedah yang diwakili oleh Zulkifli. Ayu juga menerima sebuah kerusi roda daripada Pusat Khidmat Penyelaras. Manakala, Cancer Survivor Malaysia (CSM) menyumbangkan sebuah katil khas kepada Ayu.

Abd Aziz Jaafar yang merupakan ayahnya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Sementara itu, Zulkifli berkata sumbangan sedemikian bertujuan untuk memudahkan pergerakan dan urusan harian Ayu.

” Moga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan pergerakan beliau untuk menguruskan diri dan keperluan sehariannya”, Ujar Zulkifli.