Home Berita PAS Kedah

Khairat kematian tanpa mengira warna kulit, parti politik, bangsa dan agama

418
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,21 FEB – Kerajaan Negeri Kedah peruntukkan sumbangan khairat kematian tanpa mengira warna kulit, parti politik, bangsa mahupun agama.

Tuan Zakaria Sulaiman menyatakan bantuan khairat kematian ini adalah untuk semua tetapi perlu melalui prosedur yang betul.

“Pemberian ini untuk semua rakyat Negeri Kedah tanpa mengira warna kulit, parti politik, bangsa mahupun agama.

Hantar salinan sijil kematian beserta salinan kad pengenalan diri waris, kita akan proses permohonan tuan-tuan dan penyaluran sumbangan wang itu adalah melalui prosedur di peringkat negeri sebelum diserahkan melalui Pusat Khidmat Penyelaras Dun di sini,” Ujarnya ketika menyampaikan wang khairat kematian kepada 20 orang waris dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Penyelaras Dun Alor Mengkudu pada Ahad lepas.

Untuk makluman, sebanyak RM500 telah diperuntukkan melalui sumbangan khairat kematian ini bagi setiap keluarga yang ahli keluarga mereka meninggal dunia.

Untuk memohon dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang bantuan khairat kematian ini, boleh tekan link di bawah.

https://bantuanrakyat.my/bantuan-khairat-kematian-kedah/