Home Berita PAS Kedah

Hospital Pendang akan memanfaatkan kira-kira 110,000 penduduk di Daerah Pendang

180
SHARE

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,20 FEB – Hospital Pendang akan memanfaatkan kira-kira 110,000 penduduk di Daerah Pendang, Kedah.

“Dengan adanya perkhidmatan kepakaran di hospital ini, kira-kira 110,000 penduduk di Daerah Pendang, Kedah akan mendapat manfaatnya.” Ujar YB Haji Awang Hashim menerusi facebooknya ketika memuat naik gambar lawatan beliau ke Hospital Pendang semalam.

YB Haji Awang Hashim berkata menerusi facebooknya bahawa Hospital Pendang bakal menjadi Hospital Pakar Minor baharu yang dilengkapi dengan kemudahan bangunan hospital, blok klinikal dan sokongan, serta 4 dewan bedah.

Sebanyak 10 bidang kepakaran diperkenalkan di hospital ini merangkumi kecemasan, perubatan am, pembedahanan am, obstetrik dan ginekologi, paediatrik, orthopedik, anestesiologi, radiologi, patologi dan psikiatrik.

Untuk makluman, Hospital Pendang yang juga merupakan Hospital Pakar Minor berkapasiti 126 katil telah mula beroperasi secara rasmi pada 15 Februari yang lalu.

Turut hadir ketika lawatan,YB Dato’ Dr Mohd Hayati. Lawatan ini disambut mesra oleh Dr Aniza yang merupakan Pengarah serta staf hospital tersebut. Mereka juga berkesempatan menziarahi hampir 20 orang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital itu.