Home Berita PAS Kedah

70 orang penggiat silat DUN Ayer Hitam terima penghargaan

48
SHARE

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,15 FEB – Seramai 70 orang penggiat silat dalam kawasan DUN Ayer Hitam dipilih untuk menerima sijil dan plak penghargaan daripada YB Cikgu Azhar Ibrahim.

Majlis yang telah berlangsung di Dewan Homestay Tamteh, Lubok Pinang pada Jumaat lepas adalah kerjasama daripada Persatuan Adat Resam Budaya dan Salasilah Melayu Kedah.

Program pertama kali ini diadakan bertujuan untuk meraikan otai-otai lama dan anak-anak muda sama ada wanita atau lelaki yang sedang aktif dalam dunia persilatan seni tari silat ataupun gendang silat.

Pelbagai jenis tari silat dipersembahkan pada malam itu bagi memeriahkan majlis. Antaranya ialah silat pusaka gayong, silat sendeng, silat harimau bentara garang, silat pulut, dan silat gayong fathoni.

YB mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir memeriahkan majlis pada malam tersebut.

“Tahniah diucapkan kepada yang hadir memeriahkan majlis pada malam itu. Teruskan bergiat supaya adat dan warisan melayu dapat dipertahankan dan tidak hilang ditelan zaman” katanya.

Sudah semestinya, pesilat-pesilat ini harus dihargai. Hal ini adalah kerana silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bengsa dan seni budaya Melayu.

Seni silat juga sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan melayu sepanjang zaman dan bersama-sama mengecapi pahit manis memperjuangkan dan menegakkan kedaulatan bangsa Melayu. Jika tiada yang meneruskan seni silat ini, sudah pasti seni  ini akan hilang dek dimakan zaman.