Home Berita PAS Kedah

Ziarah anggota bomba di serang beruang

54
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JERAI,6 FEB – Baru-baru ini tergempar satu berita mengenai salah seorang anggota bomba yang diserang beruang sewaktu operasi memantau haiwan tersebut.

Mangsa tersebut adalah saudara Mohd Nizam Hamid.

ADUN Jerai YB. Sabri Azit berkesempatan turun menziarahi anggota bomba yang tercedera akibat diserang beruang baru-baru ini.

Beliau telah menerima sebanyak 30 jahitan pada luka di tangannya. Menurut beliau, ketika kejadian itu berlaku beliau sedang melakukan pemantauan sebelum Jabatan Perhilitan tiba di lokasi kejadian.

YB turut mendoakan kesembuhan untuk Nizam.

“Didoakan semoga saudara Mohd Nizam diberikan kesembuhan dengan segera agar terus dapat kembali berkhidmat”, ujar YB.