Home Berita PAS Kedah

Program Sehari Bersama Masyarakat Kg. Bagan Sena

108
SHARE

Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR, 6 FEBRUARI – Program Sehari Bersama Masyarakat Kg. Bagan Sena telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Masjid As-Solihin Jamek Kampung Bagan pada Sabtu yang lepas.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Dato’ Ashah Ghazali, yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau gembira dapat melihat anak-anak kecil, anak muda serta orang-orang lama dapat kumpul bersama. Kemeriahan seperti inilah yang didambakan oleh beliau apabila setiap kali sesuatu program yang melibatkan masyarakat diadakan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan, antaranya adalah sukaneka, jualan murah, cabutan bertuah dan pameran kerajaan.

Selain itu, beberapa jenis sumbangan juga turut diberikan. Antaranya adalah sumbangan bantuan awal persekolahan, pemberian Beras Sejahtera dan juga sumbangan Kafalah atau lebih dikenali dengan khairat kematian. Untuk makluman, sumbangan Beras Sejahtera dan Kafalah adalah merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu masyarakat.

Beberapa kaunter daripada agensi-agensi kerajaan turut dibuka untuk memudahkan urusan masyarakat setempat berurusan. Agensi yang terlibat adalah JPN Kedah, Perkeso daerah Kulim, JKM dan PTPTN daerah Kulim.

Di akhir program, Dato’ Ashah Ghazali merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jasa, pengorbanan, jihad dan amal ibadah kalian diterima Allah”.