Home Berita PAS Kedah

Santuni 24 orang anak-anak yatim & asnaf

73
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Seramai 24 orang anak-anak yatim dan anak-anak asnaf disantuni oleh Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Nurul Amin Abd Hamid.

YB menyantuni mereka ketika hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di Pusat Jagaan Kasih Anak Yatim dan Asnaf di Kampung Rambutan, Kuala Nerang.

Dalam majlis tersebut, beliau mengingatkan para hadirin tentang satu hadis daripada Nabi SAW yang bersabda, “Bahawa sebaik-baik rumah orang Islam ialah di dalamnya ada anak-anak yatim dan dilakukan kebaikan kepada mereka,”.

Beliau juga memesan dan menyeru untuk sama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf ini daripada segi barang-barang keperluan dan dalam masa yang sama turut memberi sokongan kepada mereka.

“Ada banyak keperluan pusat jagaan ini yang perlu kita bantu, marilah sama-sama kita memberi sokongan dan membantu mereka.”

“Semoga kita berada dekat dengan Nabi s.a.w di akhirat kelak dengan membela anak-anak yatim.” ujar YB.