Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM : Edaran bantuan Sentuhan Kasih Ramadan PN Masjid Tanah

209
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 8 April: Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah telah mengadakan program Sentuhan Kasih Ramadan yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen yang juga merupakan Pengerusi PN kawasan ini, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Program yang berlangsung hari ini melibatkan sebanyak 25 buah rumah golongan kurang berkemampuan sekitar DUN Ayer Limau dan DUN Lendu yang telah dikunjungi untuk menyampaikan bantuan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sebelum Zohor.

Turut bersama-sama di dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Antara pimpinan yang hadir dari Bersatu ialah Timbalan Ketua Bahagian, Nazri Ramli, Setiausaha, Shahrul Azhar Amir sementara dari PAS pula ialah Timbalan Yang Dipertua, Cikgu Abu Hashim Abdul Samad dan Setiausaha, Jamarudin Ahmad.

Turut hadir ialah pimpinan Pemuda, Muslimat, Armada, Srikandi dan pimpinan di cawangan-cawangan terlibat.

Berikut ialah foto-foto yang terakam di dalam program ini oleh Lensa WARM:

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, menyantuni para petugas program semasa berkumpul di Markaz PAS Masjid Tanah Jalan Hujan Panas.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH