Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
NAKA, 12 JAN – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu telah mengadakan program serahan Kanopi kepada peniaga-peniaga kecil baru-baru ini.
Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh ADUN Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin bersama pegawai khas Adun Mohammad Bin Talib di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat.
Seramai enam orang pemohon dan penerima sumbangan tersebut.
Menurut pegawai khas Adun Pedu Mohammad Bin Talib,majoriti mereka adalah penoreh getah di sebelah pagi dan berniaga di sebelah petang hingga malam.
Moga peniaga-peniaga dapat memulakan perniagaan pada tahun ini dengan nafas yang baru bagi menambah ekonomi keluarga,ujar YB.
Tambah YB lagi,”Berniagalah dengan jujur dan amanah,moga memperolehi keuntungan yang berkat”.