Home Berita PAS Kedah

Wakil Rakyat bergegas ke SADA, ekoran aduan gangguan bekalan air

404
SHARE

Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR, 9 JAN – Wakil rakyat Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin, bergegas ke Pejabat Pentadbiran SADA, setelah menerima aduan daripada penduduk mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan perumahan sekitar Kuala Kedah.

Beliau ke sana bagi mendapat penjelasan daripada pihak SADA sekaligus ingin mengambil beberapa inisiatif daripada masalah yang berlaku. Hasil pertemuan itu, pihak SADA melalui Encik Anas yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam SADA memaklumkan bahawa gangguan bekalan air yang berlaku adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan paip yang dijalankan dan hal ini di luar jangkaan mereka.

Sebagai alternatif bagi meringankan masalah ini, pihak SADA telah menghantar beberapa lori tangki air ke kawasan perumahan tersebut. Di samping itu, YB Dr. Ahmad Fakhruddin turut mengadakan perbincangan dengan pihak SADA agar kerja-kerja pemasangan paip dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin supaya penduduk Kuala Kedah dapat menikmati bekalan air seperti sedia kala.

Pekembangan terkini didapati  bekalan air di sebahagaian kawasan perumahan sudah berjalan seperti biasa. Pemantauan bekalan air akan dilaksanakan dari masa ke masa sehingga kejadian pulih sepenuhnya.