PENDANG, 1 JAN – Ketibaan tahun baharu 2023 disambut di seluruh negeri dengan cara tersendiri. Pilot darat Pendang juga tidak melepaskan peluang ini dengan menyambut tahun baru 2023 di Stadium Mini Pendang anjuran Persatuan Pilot Darat Pendang.
Kira-kira 150 kenderaan berat termasuk lori dan jentera pengaut dipamerkan. Pameran yang dipenuhi dengan lampu yang berwarna-warni ini menarik minat orang ramai tambah-tambah lagi kepada keluarga yang membawa anak- anak kecil. Dianggarkan seramai 500 orang yang hadir untuk menyambut tahun baru 2023 semalam. Sambutan ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah bagi memperoleh keberkatan.
YB Datuk Haji Awang Hashim Ahli Parlimen Pendang, hadir bagi meraikan sambutan tahun baru 2023 bersama mereka. Beliau turut mengambil peluang ini dengan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Nama pilot darat kini semakin mendapat tempat. Masih ingatkah kita, pilot darat juga antara yang menarik perhatian ketika Pilihan Raya Umum ke -15 yang lepas. Malah mereka antara penyumbang kepada gelombang kebangkitan Perikatan Nasional. Bukan itu sahaja, semasa kejadian bencana di Baling, pemilik jentolak dan lori dari Pendang inilah yang turut menyumbang tenaga bagi membantu membersihkan kawasan sekitar Baling.
Turut hadir bersama, YB Dr. Mohd Hayati, ADUN Tokai dan Encik Azmi Dolah, Setiausaha PAS Kawasan Pendang bagi memeriahkan suasana.