Home Melaka

Rencana | Negeri-negeri diperintah PAS cemerlang dengan pelaburan baharu

260
SHARE

Oleh IBNU JANIE

PELABURAN-PELABURAN baharu sangat penting bagi sesebuah negeri kerana ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negeri tersebut sekaligus meningkatkan pendapatan negeri.

Selain daripada mewujudkan peluang-peluang perniagaan bagi para kontraktor pada peringkat awal pembangunannya, ia juga sudah tentu akan mewujudkan peluang perniagaan lain dan lebih penting lagi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan apabila sesuatu pelaburan itu boleh beroperasi.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 PAS berjaya mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Sementara itu selepas berlaku pergolakan politik sekitar tahun 2020 PAS Kedah berjaya membentuk kerajaan negeri dan menjadi parti dominan dalam kerajaan itu.

Walaupun ramai yang sinikal dengan kemampuan pimpinan PAS untuk mentadbir negeri dan negara namun mereka telah membuktikan yang mereka mampu melakukannya dengan baik.

Menurut sumber MIDA, bagi tempoh dari Januari hingga Jun 2022, sebanyak RM9.3 bilion jumlah pelaburan keseluruhan bagi kedua-dua pelaburan domestik (DDI) dan pelaburan asing (FDI) masuk ke Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun sebelumnya, iaitu tahun 2021 Kedah menjadi negeri yang paling banyak meluluskan pelaburan iaitu berjumlah RM57.1 bilion.

Ogos lepas, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah melancarkan Projek Loji Melamina Zon Industri Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd yang dikatakan bakal mengukuhkan lagi kawasan perindustrian Gurun sebagai sebuah zon pengeluar bahan kimia khusus bertaraf antarabangsa di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di Yan pada 1 September lepas telah memuji pencapaian Sanusi dan kerajaan negeri kerana berjaya menarik pelaburan dalam projek berskala mega bernilai RM14.4 bilion ke negeri itu.

Dua projek mega itu iaitu Projek Strategik NCER – Rubber City bernilai RM10 bilion di Padang Terap dan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, Yan, yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM24.4 bilion.

Tidak kurang juga di Kelantan. Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Yakob ketika Majlis Perasmian Penutup Hari Pelaburan Kelantan, pada Julai lepas berkata, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM6.3 bilion ke Kelantan dari 2018 hingga bulan itu.

Katanya lagi, di bawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2.0 (2018-2025), sasaran jumlah pelaburan bagi negeri Kelantan ialah sebanyak RM9.5 bilion. ECERDC juga katanya berjaya mewujudkan sebanyak 1,724 peluang pekerjaan dan 430 peluang perniagaan bagi rakyat tempatan.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi bertarikh 17-20 Oktober 2022.

 

Pada majlis sama, Dato’ Ahmad turut melancarkan Dasar Pelaburan Kelantan, sebuah dokumen rujukan yang memberi gambaran berhubung ekosistem pelaburan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam negeri.

Mengikut data daripada MIDA, dari Januari sehingga Jun 2022, sebanyak RM952.3 juta jumlah pelaburan diterima Kelantan bagi kedua-dua FDI dan DDI.

Begitu juga Terengganu. Untuk tahun 2021 sahaja Negeri Terengganu mencatatkan nilai pelaburan masuk sebanyak RM3 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, pada Ogos berkata Invest Terengganu, sebuah agensi dalam Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu sedang berunding untuk menarik pelaburan daripada syarikat pengeluar batu silika antarabangsa berjumlah RM2.4 bilion.

 

 

Pelaburan tersebut membabitkan pembinaan kilang dengan 32 barisan pembuatan batu silika dan akan dibangunkan di sebuah taman perindustrian di Cheneh. Taman perindustrian itu yang terletak di Kemaman adalah taman perindustrian baharu, tambahan kepada 25 taman perindustrian sedia ada pada masa ini.

Tengku Hassan berkata, jumlah nilai pelaburan tersebut merupakan tambahan kepada nilai sasaran keseluruhan pelaburan di negeri Terengganu iaitu RM5 bilion pada tahun ini. Katanya sasaran itu kini hampir tercapai dengan 60 peratus daripadanya melibatkan syarikat antarabangsa.

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor PAS kini berada dalam kerajaan Persekutuan memudahkan lagi urusan kemasukan pelaburan ke dalam negeri di perintah PAS. Namun faktor kepercayaan pelabur kepada pentadbiran kerajaan negeri juga memainkan peranan besar dengan sebahagian besarnya berkaitan integriti yang dipegang pimpinannya.

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH