Home Melaka

Rencana | Perikatan Nasional dicadang bentang bajet 2023

162
SHARE

Oleh IBNU JANIE

SEBELUM Dewan Rakyat dibubarkan pada Isnin 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, kerajaan telahpun membentangkan Bajet Kerajaan bagi tahun 2023 pada Jumaat sebelumnya, yang hanya sempat dibentangkan untuk kali pertama dan tidak sempat dibahas pun.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa apabila parlimen dibubarkan, sekalipun sesuatu bajet itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya, ia tidak mengikat kerajaan yang baru dibentuk selepas sesuatu PRU untuk melaksanakan bajet tersebut.

Ini bermakna kerajaan yang baru dibentuk selepas PRU itu perlu membentangkan bajet mereka sendiri bermula daripada mereka membentuk kerajaan baru.

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen hanya beberapa hari selepas bajet dibentangkan juga telah menimbulkan kritikan dalam kalangan pakar ekonomi dan juga orang ramai.

Ia dilihat sebagai membuang masa dan hanya sekadar gimik politik di mana bajet ini akan menjadi umpama satu manifesto kepada BN.

Walaupun Perikatan Nasional berada di dalam kerajaan pada masa parlimen dibubarkan namun BN lebih mengambil kredit daripada bajet tersebut seolah-olah ia adalah bajet kerajaan BN disebabkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah ‘orang’ BN.

Kerana itu bagi penulis, Perikatan Nasional harus membentangkan bajet mereka sendiri iaitu bagaimana mereka akan menguruskan wang negara untuk membantu rakyat sekiranya mereka diberi peluang membentuk kerajaan selepas PRU-15.

Tidak berapa elok sekiranya Perikatan Nasional mengambil bajet itu sama seperti BN seolah-olah mengiakan apa yang dilakukan oleh BN. Ini akan menyebabkan Perikatan Nasional gagal menunjukkan kelainan dan kebijaksanaan yang sangat dititikberatkan oleh pengundi untuk membuatkan mereka mengundi Perikatan Nasional dan bukannya BN atau Pakatan Harapan (PH).

Ada beberapa perkara yang Perikatan Nasional perlu memberi penekanan sekiranya mereka mahu membentangkan bajet sendiri untuk tahun 2023 bagi Kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini semasa bajet dibentang, penulis sempat menemubual orang ramai untuk mendapatkan maklum balas rakyat tentang kandungan bajet yang dibentangkan itu. Ada beberapa perkara yang rakyat mahu ia diambil perhatian.

Antaranya ialah penambahbaikkan perkhidmatan di hospital kerajaan yang dilihat mengambil masa yang lama bagi seseorang pesakit untuk mendapatkan rawatan terutama bagi kes-kes temujanji berjadual untuk penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan juga rawatan ibu mengandung.

Perkara-perkara ini sangat sensitif kerana jika kita bayangkan seseorang pesakit yang datang ke hospital dalam keadaan sakit untuk mendapatkan rawatan, akan jadi bertambah sakit dengan layanan yang diterima di hospital dari segi masa menunggu yang lama dan kesesakan. Jadi kerajaan harus meningkatkan bilangan hospital dan kakitangan.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 24-27 Oktober 2022

 

Begitu juga dengan masalah bilangan murid atau pelajar yang terlalu ramai bagi sesebuah kelas, sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Kerajaan harus meningkatkan bajet bagi membina sekolah-sekolah baharu dan menambah bilangan guru bagi memastikan perkara ini dapat diatasi.

Selain itu kerajaan juga harus menyelesaikan isu subsidi yang dilihat tidak pergi ke sasaran sebenar walau pun seringkali disebut sebagai ‘subsidi bersasar’. Dalam masa yang sama ia memberikan beban kewangan yang besar kepada kerajaan kerana ia terpaksa juga menanggung subsidi yang turut dinikmati golongan kaya.

Sebagai contoh isu subsidi minyak masak di mana walaupun kerajaan menetapkan pek minyak masak paket bersubsidi, namun perlaksanaannya tidak berlaku secara efektif kerana tidak ada mekanisme kawalan untuk memastikan ia dibeli oleh mereka yang layak.

Kerajaan harus mencipta satu mekanisme yang berkesan dan mudah dilaksanakan dalam masa yang sama ia dapat memberikan faedah kepada rakyat dengan kerajaan dapat memberi lebih bantuan kepada yang memerlukan apabila subsidi tidak terlepas pada golongan kaya.

Seingat penulis isu mekanisme subsidi bersasar ini sudah berlarutan sehingga kini seolah-olah tidak ada seorang pun yang cerdik pandai pun yang dapat mencipta satu mekanisme yang paling efektif untuk memastikan bahawa subsidi ini bersasar.

Perikatan Nasional harus membentangkan satu bajet yang membuktikan bahawa parti gabungan ini dapat menawarkan solusi kepada masalah rakyat pada masa kini jika berpeluang menjadi Kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

Penulis adalah Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH