Oleh: NUR SYARIFAH ARIFFIN 19.10.2022
Tawau : Pertandingan video memasak kuih tradisional anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB), Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau(DMPKT) sempena Bulan Kemerdekaan 2022 menzahir semangat patriotik kepada negara.
Pertandingan tersebut bermula pada 21 haribulan Ogos hingga 30 haribulan September dan telah di menangi oleh Aminah Mohamad dengan mendapat hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan.
Penyampaian hadiah telah diadakan di kediaman Aminah oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Tawau, Darmawati Fattah pada Ahad baharu ini.
Darmawati Fattah berkata , pertandingan tersebut amat baik selain dapat menzahirkan semangat patriotik juga perlu diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang kerana ia juga dapat mencungkil bakat kreatif dalam bidang digital.
“Sabah mempunyai pelbagai etnik dan setiap etnik mempunyai masakan tradisi yang tersendiri dan pertandingan ini selain menonjolkan semangat patriotik juga dapat memperkenalkan pelbagai juadah negeri Sabah” Kata Darmawati ketika dihubungi pemberita.
Dia turut berharap agar penglibatan muslimat muda seperti Ameera , Nusaibah dan Briged Muslimat akan lebih ramai pada masa akan datang kerana selari dengan perkembangan semasa orang ramai lebih berminat menonton video berbanding membaca.
Pengarah pertandingan , Nadiah Abd Mutalib pula berkata, objektif LPMB mengadakan pertandingan tersebut selain menyuntik semangat patriotik adalah untuk memperkenalkan Dewan Muslimat PAS kawasan Tawau khususnya kepada pengundi wanita muda.
Menurutnya lagi, LPMB telah menyusun lebih banyak program dan aktiviti untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat secara online dan offline.