ALOR SETAR – Pengundi berumur 18 tahun adalah anak muda, merupakan perkara yang baharu dan pimpinan PAS perlukan kepada strategi serta pendekatan bagi menghadapi cabaran itu.
Anak muda memerlukan contoh teladan yang baik daripada ahli PAS. Para pimpinan perlu mendekati anak- anak muda dengan kepelbagaian program agar mereka rasa dihargai dan didekati.
Dalam program Ceramah Kelompok di surau Kg Bok-Bok Dalam, Ustaz Nurul Amin Hamid selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dalam ucapannya menyeru anak muda supaya menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya ke 15 nanti.
“Selama 22 bulan PH memerintah selepas memenangi Pilihanraya ke 14 yang lalu, cukup membuatkan rakyat sengsara, dikacaunya sistem ekonomi, diganggunya akidah Umat Islam serta aset-aset penting kerajaan dijual sewenang-wenangnya,” katanya.
Selepas ucapan Ustaz Nurul mengambil kesempatan menyantuni anak-anak muda yang hadir dengan menyerahkan tiga biji bola sepak raga untuk kegunaan mereka bermain di perkarangan surau tersebut setiap petang.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Tuan Zakaria Sulaiman (Penyelaras Dun) dan Encik Mohd Azam Awang, Ajk PAS Kawasan Alor Setar.