SUNGAI PETANI – Masalah parit tersumbat yang sering menghantui penduduk terutamanya ketika musim hujan selesai selepas mendapat perhatian ADUN Pantai Merdeka, YB Ahmad Fadzli Hashim.
Aduan penduduk mengenai masalah banjir kilat di kawasan itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak diselenggara.
Sehubungan itu, ADUN Pantai Merdeka yang merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani itu mengambil inisiatif menyewa jentera pengorek bagi melakukan kerja-kerja membersih dan mendalamkan kawasan parit yang cetek.
Dengan tindakan segera yang diambil, masalah parit tersumbat diselesaikan dengan kadar segera dan melegakan penduduk yang bimbang dengan keadaan cuaca tidak menentu.