Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
JITRA – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz menerima jemputan merasmikan Kem Kepimpinan anjuran Hal Ehwal Murid dan Disiplin Sekolah Rendah Islam Intergrasi Nurul Hidayah (SRITI) di Kem Paya Pahlawan, Jitra pada 16 Julai, baru-baru ini.
Menurut Guru besar SRITI Padang Terap, Ustazah Habibah Yaacob, seramai 57 orang pelajar yang hadir ke kem tersebut terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pencegah jenayah serta Ketua kelas dan penolong ketua kelas tahun 4 dan 5.
Ustaz Azam berkata kepimpinan dalam konsep Islam tentang beriman dengan Allah s.w.t serta menitik beratkan tentang akhlaq kepimpinan.
“Tahniah kepada semua pelajar kerana kamu adalah insan yang terpilih untuk hadir ke kursus kepimpinan yang selama dua hari satu malam,” ujarnya.
Turut hadir bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mohd Aliff Yahya dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustazah Adilah Ibrahim.