Oleh: ZAITON ABDUL HALIM
PEKAN, 15 Julai :: Menteri Alam Sekitar Dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menziarahi keluarga almarhum Ustaz Mohammad Fadilah Hussin di sini, semalam.
Beliau kemudiannya turut menunaikan solat jenazah bersama para jemaah yang hadir termasuklah Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar dan YB Andansura Rabu.
Antara pimpinan PAS Kawasan Pekan yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir ialah Yang Dipertua, Ustaz Abu Kassim Manaf, Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Hannan Mohd Ghazi dan Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan.
Hadir sama ialah ADN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dan barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan yang diketuai oleh Pemangku Ketua Muslimat, Jamilah Chu.
Kelmarin, Ustaz Mohammad Fadilah Hussin kembali ke Rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Lepar.
Almarhum merupakan Timbalan Pengerusi Keselamatan PAS Pahang dan juga anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang.
Dalam kemalangan tersebut anak keempatnya Nurul Solehah turut terkorban.
Almarhum meninggalkan seorang balu, Norzahyu Mohd Yusof dan lima orang anaknya yang lain.