Home Berita PAS Wilayah

Halang Penghinaan Agama Berleluasa

66
SHARE

 

1. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan amat terkesan dan malu dengan isu video tular seorang wanita yang didakwa mempersenda dan menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

2. Islam mengajar penganutnya agar memelihara maruah diri dan kesucian ajaran Islam serta menghormati agama lain.

3. Justeru, mereka yang menghina agama Islam bahkan agama lain sehingga mengakibatkan fitnah dan rasa tidak selesa khususnya kepada umat Islam perlulah diambil tindakan mengikut undang-undang.

4. Terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan segera ekoran insiden ini.

5. Syabas atas tindakan pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menggantung sementara operasi premis berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan wanita tersebut.

6. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyeru rakyat Malaysia agar tidak menjadikan agama sebagai bahan sendaan dan semua pihak mesti bekerjasama untuk menghalang perkara sebegini dari berleluasa demi keharmonian negara.

#IslamMenyatukanUmmah
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MalaysiaSejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
15 Julai 2022 | 15 Zulkaedah 1443H