Home Berita PAS Kedah

Korban Perdana PAS Jerai korban 20 ekor lembu

92
SHARE

JERAI – Program Korban Perdana PAS Kawasan Jerai di Pejabat PAS Kawasan Jerai berjalan lancar melibatkan lebih 20 ekor lembu, semalam.

Menurut sumber 10 daripadanya adalah daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, 3 daripada Dewan Ulamak, 5 daripada peserta dan selebihnya adalah daripada YB Ustaz Sabri Azit.

Seramai lebih 150 petugas hadir bergotong-royong bagi menjayakan program ini.

Daging juga telah diagihkan kepada seluruh cawangan iaitu sebanyak 48 cawangan.

Turut hadir ialah YB Ustaz Sabri Azit, Tim. YDP Kawasan Jerai merangkap Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Naib YDP kawasan Jerai selaku ADUN Sungai Limau , Ustaz Azhar selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Nizam, Dewan Ulamak, Ustaz Aizat, Pengarah Yadim Kedah, Ustazah Fazilah, Ketua Muslimat dan Liyana selaku Ketua Ameerah.