Home Berita PAS Terengganu

Akademi Al Fateh : Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu

603
SHARE

Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah di atas usaha kerajaan mewujudkan satu institusi yang mengambil cakna tentang perkaderan pemuda masa kini dengan penubuhan Akademi Kepimpinan Al-fateh Terengganu.

Kewajaran ini dilihat sangat bertepatan dengan kehendak arus perdana sekarang dimana pemuda seawal 18 tahun sudah layak berada di arena politik Tanah Air serta memposisikan diri dalam masyarakat. Hal ini bukanlah suatu perkara yang mudah jika tidak diberikan pendedahan, bimbingan serta latihan kemahiran diri (kompetensi) agar mampu berdaya saing dengan kualiti kematangan yang baik.

Apatah lagi, tidak dapat disangkal, pemuda adalah generasi pelapis masa depan agama, bangsa dan negara. Aset seumpama ini perlu digilap serta dibendung dari kemasukan pemikiran atau trend yang tidak sehat sekaligus boleh merosakkan bukan sahaja masa depan pemuda tersebut, malahan bakal mempengaruhi iklim perubahan tampuk kepimpinan pada masa hadapan.
Menyedari hakikat ini, usaha kerajaan melalui penubuhan Akademi Kepimpinan Al-fateh Terengganu dan pelancaran modul Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) harus diberikan pujian kerana dilihat sebagai suatu tindakan strategi yang tuntas dan komprehensif serta kesediaan pihak kerajaan dalam penyediaan pelapis negara.

Akhirnya, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) menyokong segala usaha murni ini dan berharap segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar. Mudah-mudahan berjaya mencapai implikasi yang disasarkan.

Sekian.

Pengarah
Ahmad Furqan Bin Ismail
Akdemi Kepimpinan Pemuda (AKP)
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu