Home Berita PAS Perak

Jualan bergerak bantu rakyat beli harga harang murah

199
SHARE

Oleh : Ez

TAIPING,19 Jun : Situasi ekonomi yang melanda ketika ini memberi kesan kepada banyak pihak terutama penduduk luar bandar yang bergantung kepada pendapatan harian.

Prihatin dengan masalah tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Senator Datuk Idris Ahmad telah mengadakan program jualan bergerak bantu rakyat.

Katanya lagi , inisiatif tersebut yang menggunakan kaedah jualan bergerak yang menjual barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, sardin, kicap, telur dan pelbagai lagi barangan dapur pada harga borong.

“Dalam keadaan ekonomi tak berapa memberangsangkan, perniagaan menguncup, serta beberapa masalah lain , jadi saya memberikan inisiatif dengan memberikan 20 peratus diskaun supaya semua orang yang ada sedikit kemampuan boleh beli ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program jualan bergerak bantu rakyat di Kampung Kurnia Jaya , di sini semalam.

Dalam pada itu ujar Idris , program jualan bergerak bantu rakyat tersebut dapat diteruskan dengan kerjasama jawatankuasa penduduk bagi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, jualan bergerak tersebut akan beberapa lokasi berlainan bagi membolehkan lebih ramai penduduk membeli keperluan pada harga lebih rendah.