Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS gotong-royong bersihkan Sungai Pecah Batu

65
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG ,19 Jun : Bagi memupuk kesedaran berhubung tanggungjawab pemuliharaan kebersihan sungai dalam kalangan penduduk, Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang mengambil inisiatif khas menganjurkan Program Gotong- Royong Membersih Sungai yang telah diadakan di Sungai Pecah Batu,di sini kelmarin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri berkata program hari ini adalah sebahagian aktiviti ‘Gelombang Hijau Bersihkan Sungai’ anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak di bawah Lajnah Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Kesihatan (LASTHK).

“Program ini telah dilaksanakan secara serentak di 24 lokasi kawasan sungai seluruh Negeri Perak.

Ujarnya lagi , program yang dijalankan pada hari tersebut adalah sebahagian kecil usaha untuk memastikan sungai di sini bersih dan indah.

“Pemeliharaan sungai perlu diteruskan dan bukannya dijalankan secara bermusim atau ketika keadaannya telah tercemar kerana ia (sungai) adalah sumber air terpenting,’’ katanya lagi.

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Amal Bukit Gantang itu turut membabitkan penyertaan penduduk tanpa mengira pelbagai lapisan umur tersebut bertumpu di Pesisiran Sungai Pecah Batu ,Trong di sini.

Dalam pada itu,Zu Hazmin turut yakin program gotong-royong yang dijalankan juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan silaturahim dalam kalangan penduduk yang terlibat terutamanya golongan belia.

Turut hadir bersama adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Fadhil Abdullah , Ketua ARC Bukit Gantang , Syahmi Nasaruddin dan Ahli Jawatan Kuasa DPPK Bukit Gantang.