Home Berita PAS Sabah

PASTI diiktiraf oleh KPM  bukti PASTI pusat pendidikan terbaik

1399
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Arifin

TAWAU : Pengiktirafan Kementerian Pendidikan terhadap PASTI bukti PASTI telah menjadi sebuah pusat pendidikan yang berjaya dan terbaik dalam industri pendidikan negara.

YDP Libaran, Abdul Waheed Mohamad ketika merasmikan Kursus Dan Bengkel Kurikulum PASTI 4 Tahun (K4T) di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan pada 9 & 10 Jun baru-baru ini berkata PASTI telah mendapat pengiktirafan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

“PASTI menjadi pilihan masyarakat untuk menghantar anak mereka kerana percaya dengan kurikulum dan pendidikan PASTI ” katanya.

Manakala Pengarah PASTI Negeri Sabah, Haji Karim Dullah berkata adalah menjadi sejarah dalam PASTI Malaysia apabila PASTI Sabah dapat menganjurkan kursus dan bengkel ini.

Kursus dan bengkel tersebut adalah untuk membina kurikulum.khas untuk pelajar tahun 4.

” Matlamat dan objektifnya adalah untuk memastikan kemenjadian murid seawal 4 tahun.

” Ia dapat memberi impak yang terbaik melalui silibus dan kurikulum yang tersusun ” kata Karim.

200 guru PASTI dari seluruh Sabah berhimpun di kursus dan bengkel ini selama 2 hari.

Turut hadir dalam program adalah Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Sabah, Ustaz Rosli Hasan .