Home Kenyataan Media PAS Melaka

Desakan segera PRU15: Presiden Umno patut sayang negara seperti sayang parti sendiri

123
SHARE

Kenyataan Media PAS Melaka

Desakan segera PRU15: Presiden Umno patut sayang negara seperti sayang parti sendiri

1. Sebagai ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno yang sayangkan parti, mereka telah membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti mereka sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

2. Menurut Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dan menggugat kestabilan dalam parti sekiranya pemilihan dilakukan juga pada masa ini.

3. Ini jelas membuktikan bahawa sebagai Presiden Umno, Zahid dan ahli-ahli Umno sangat sayang pada parti mereka dan sanggup berkorban menangguhkan pemilihan demi menjaga kestabilan parti.

4. Sebaliknya, pada waktu ini pula Presiden Umno itu pula sedang mendesak Perdana Menteri agar membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU ke 15.

5. Sedangkan PRU sangat tidak sesuai untuk diadakan pada waktu ini kerana rakyat sedang dalam kesusahan dalam usaha pemulihan daripada kesan Covid-19 dan juga krisis kenaikan harga barang yang sedang berlaku sekarang ini.

6. Jika Zahid mempunyai rasa sayang pada negara, beliau sepatutnya tidak mendesak PRU15 segera kerana rakyat dalam kesusahan. Sepatutnya Umno memberi peluang kepada rakyat untuk bernafas dan dalam masa yang sama memberi peluang kerajaan untuk menjalankan usaha-usaha mengatasinya.

7. Jika Zahid inginkan kestabilan dalam partinya, begitu juga dengan rakyat yang mahukan kestabilan dalam negara. Mereka juga inginkan kestabilan politik dan ekonomi negara, yang mana sesudah pulih daripada Covid-19 dan sekarang diuji dengan krisis ekonomi.

8. Tindakan mendesak PM untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 akan menambahkan derita kepada rakyat selain kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja berbilion Ringgit untuk menjalankannya yang mana duit itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat.

9. Jangan sampai Umno terhumban dihukum oleh rakyat kerana tamak haloba dan ingin menyelamatkan ‘kluster mahkamah’ maka pilihan raya didesak saban hari dan minggu.

10. Zahid sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan perut kroni.

USTAZ ABU NAUFAL NORDIN
Ketua Penerangan PAS Melaka