Home Kenyataan Media PAS Johor

Kenyataan media PAS Johor | Tahniah atas pelantikan sebagai pengerusi badan perhubungan Perikatan Nasional Negeri Johor

224
SHARE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Firman Allah S.W.T :

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى الْاَمْرِ مِنْكُمْۚ فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِيْ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى اللّٰهِ وَالرَّسُوْلِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِۗ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَّاَحْسَنُ تَأْوِيْلًا.

Mafhumnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nabi Muhammad), dan Ulil Amri (pemimpin) di kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berbantah-bantah (berbeza pendapat) tentang sesuatu (perkara), maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih baik (bagimu) dan lebih elok kesudahannya”.

Surah An-Nisa : 59

PAS Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YB Dato’ Dr Sahruddin bin Haji Jamal atas pelantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor dan mendokong sepenuhnya kepimpinan YB Dato’.

PAS Johor mendoakan semoga YB Dato’ dan seluruh saf kepimpinan PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor akan terus beristiqamah dan bersemangat memikul tanggungjawab ini dengan jayanya.

Semoga PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor akan terus maju dan mencapai kemenangan demi masa hadapan Bangsa dan negeri Johor khasnya dan negara kita Malaysia amnya.

‘Demi Bangsa Johor’
‘Islam Menyatukan Ummah’

Ustaz Abdullah bin Husin,
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

13 Zulkaedah 1443
13 Jun 2022