Home Berita PAS Kedah

Ibu tunggal mohon bantuan baik pulih bumbung rumah

167
SHARE

ALOR SETAR – PAS Kawasan Alor Setar bersama Pengerusi JPKK Kampung Jelai membuat kunjungan ke rumah seorang wanita yang memohon sumbangan membaiki bumbung rumahnya.

Wanita tersebut merupakan ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak mengharapkan agar ada pihak tertentu yang dapat membantunya.

Selepas kematian suami, beliau hanya bekerja mengambi upah sebagai tukang cuci bagi menyara kehidupan bersama anak-anaknya.

Bagi yang ingin membantu wanita tersebut bolehlah menghubungi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Alor  Setar atau boleh berurusan dengan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Alor Mengkudu.