Home Melaka

Pena editor Melaka | Penutupan Malakat Mall Masjid Tanah kegagalan kempen BMF?

342
SHARE
Malakat Mall Masjid Tanah (Kredit foto: Google)

SEMALAM tular satu artikel tentang penutupan Malakat Mall Masjid Tanah. Ramai yang bersorak dan mentertawakan kegagalan kempen Buy Muslim First (BMF) atas penutupan ini.

Ini komen saya :

1. Sebenarnya dalam isu ini orang Melayu terbahagi tiga iaitu penentang, munafik dan pembela BMF.

(Peringatan : Peratusan di bawah ini bukan peratusan tepat, cuma sebagai ilustrasi untuk menggambarkan kekuatan pengaruh kumpulan-kumpulan ini secara kasar).

i) PENENTANG BMF – 40 peratus orang Melayu menentang BMF. Mereka bersifat liberal dan menganggap kempen ini sebagai sempit dan racist. Mereka sangat berharap agar kempen ini gagal.

ii) MUNAFIK BMF – 40 peratus Melayu lagi berdegar-degar semangat Melayu konon sokong BMF, tapi secara munafik. Mereka nak jadi hero sahaja, hakikatnya mereka tak menyokong dan membantu pun. Mereka melenting hanya bila tersentuh periuk nasi mereka sahaja. Golongan ni yang ekstrem tak bertempat sampai nak boikot produk bukan Melayu.

iii) PEMBELA BMF : 20 peratus sahaja. Golongan ini yang betul-betul ikhlas nak tegakkan BMF seperti yang dituntut oleh Islam.

2. Hakikatnya BMF ni adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Siapa boleh nafikan ia bukan tuntutan Islam? Dan siapa boleh kata kempen BMF ini bertentangan dengan Islam?

3. Golongan PENENTANG BMF sebenarnya yang telah mewujudkan persepsi bahawa BMF ini jahat dan bertujuan untuk memboikot dan menjahanamkan perniagaan orang bukan Islam. Padahal ia bukan begitu.

4. BMF hanya untuk menggalakkan orang Islam membantu ekonomi orang Islam sendiri. Tapi golongan PENENTANG BMF sengaja membesar-besarkan perkara ni supaya kempen ini nampak jahat.

5. Ini diburukkan dengan golongan MUNAFIK BMF yang kononnya kuat semangat Melayu mula bertindak lebih ganas memboikot perniagaan bangsa-bangsa lain semata-mata untuk jadi hero dan untuk mendapat nama.

6. Hakikatnya mereka tak membantu pun perniagaan orang Melayu. Hanya untuk dapat nama dan apa-apa yang boleh menguntungkan mereka selain menjirus petrol pada api perkauman.

Malakat Mall Masjid Tanah (Kredit foto : Google)

7. Dengan prasangka golongan PENENTANG BMF ditambah dengan sikap buruk golongan MUNAFIK BMF maka jadilah BMF dilihat sebagai sebuah kempen yang busuk dan racist.

8. Golongan PENENTANG BMF menunggu-nunggu sahaja kegagalan BMF untuk mereka bersorak gembira. Golongan MUNAFIK BMF pula tak cakap apa. Gagal atau berjaya tidak effect pada diri mereka. Asalkan kepentingan mereka selamat.

9. Yang sedih ialah golongan PEMBELA BMF yang masih tidak berjaya membela dan menegakkan ekonomi umat Islam walau pun telah bekerja keras untuk itu.

10. Pada mulanya ramai menyangka bahawa kempen BMF ini akan berjaya kerana hanya 40 peratus orang Melayu jadi PENENTANG BMF. Nampak secara kasar 60 peratus menyokong kerana golongan MUNAFIK BMF (40 peratus) ditambah golongan PEMBELA BMF (20 peratus) menjadikan majoriti.

11. Hakikatnya daripada 60 peratus tadi ada 40 peratus MUNAFIK BMF yang tidak benar-benar membantu dan menjadikan program ini gagal.

12. Akhir sekali golongan PENENTANG BMF akan berkata, apa yang lorat buat BMF? Orang Cina dan India tak ada pun buat kempen BCF atau BIF?

13. Iya, kita tak pernah dengar mereka buat kempen macam ni kerana mereka sudah mempunyai kesedaran sendiri untuk menyokong perniagaan bangsa mereka tanpa disuruh.

14. Orang Melayu lain, sudah dikempen pun masih tidak mahu menyokong perniagaan bangsa sendiri. Kalau tak kempen tak tahulah macam mana jadinya.

15. Yang penting kita sebagai orang Islam ni tanya diri kita, kita duduk di mana? PENENTANG BMF? MUNAFIK BMF? Atau PEMBELA BMF? Ini yang kita nak jawab di hadapan Allah SWT nanti.

IBNU JANIE
Ketua Editor Negeri
Berita PAS Melaka
17 Mei 2022