Home Berita PAS Kedah

Lebih 2 ribu pengunjung banjiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Jerlun

209
SHARE

JERLUN – Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Jerlun hangat dirasai selepas menerima kehadiran lebih 2,000 pengunjung, Sabtu lalu.

Bermula jam 2.00 petang orang ramai terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa mula membanjiri Markaz PAS Kawasan Jerlun.

Antara hidangan istimewa yang menjadi tumpuan pengunjung adalah kambing golek tajaan PKWR Ayer Hitam serta hidangan satey tajaan PAS kawasan Jerlun.

Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah YB Dato’ Dr Mohd Hayati dan Dr Ahmadfakhruddin Fakhrurazi , ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood , ADUN Bukit Pinang, YB Wan Romaini , Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Sdr Kumaresan Bk dan Isteri kepada Menteri Besar Kedah, Tok Puan Jusmalailani Lailani Jusoh.