MERBOK – Seramai 15 orang asnaf di Kampung Bendang Dalam disantuni ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali, hari ini.
Dalam majlis tersebut ADUN Tanjung Dawai itu berkesempatan menjelaskan dan memberi penerangan kepada penduduk yang hadir berkenaan bantuan serta insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai menyalurkan bantuan Beras Sejahtera dan bekalan dapur kepada penerima bantuan yang hadir.