Home Berita PAS Kedah

Tujuh warga emas uzur dapat perhatian ADUN Ayer Hitam

121
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 24 April – Seramai tujuh orang warga emas yang uzur mendapat perhatian dan diziarahi oleh ADUN Ayer Hitam, YB Cikgu Azhar Ibrahim (cikgu At) di sekitar daerah mengundi Lubuk Pinang.

Menurut YB, beliau bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu turun santuni dan bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingat kepada mereka.

“Alhamdulillah,kita yang sihat ini sepatutnya memperbanyakan lafaz dan menunjukkan rasa syukur ke hadrat Allah swt atas nikmat kesihatan yang di berikan,ujar YB Cikgu At.

Turut sama turun ziarah ialah Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam (PKWR), Hj Ghazali Md Isa.