ALOR SETAR – Mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana menerima kunjungan PAS Kawasan Alor Setar Isnin lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin itu telah mengakibatkan dua buah rumah mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
PAS Kawasan Alor Setar melalui Lajnah Kebajikan menghulurkan bantuan beras dan pek makanan kepada mangsa yang terlibat.