JERLUN – Seramai 200 tenaga khidmat sukarela terdiri daripada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur Daerah Jerlun menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, semalam.
ADUN Ayer Hitam, YB. Azhar Ibrahim berkata, seramai 600 orang tenaga khidmat sukarela yang berkhidmat di Daerah Jerlun.
“Seramai 200 tenaga khidmat sukarela terpilih untuk menerima sumbangan secara terus dari YAB. Menteri Besar.
“Manakala baki 400 orang lagi akan disempurnakan dalam majlis yang berasingan,” katanya.
Muhammad Sanusi turut merakamkan penghargaan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur atas khidmat bakti kepada seluruh rakyat Kedah selama ini.
“Jasa dan pengorbanan mereka tidak terhitung dengan nilai keduniaan kerana kesanggupan mereka yang tiada tolok banding dalam memberi khidmat kepada masyarakat,” tambah beliau.