Oleh AMAL NABILA
ALOR SETAR – Perhubungan PAS Kedah menyantuni tiga agensi kerajaan sempena Hari Santuni Jabatan Kerajaan Negeri Kedah, pada Rabu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakruddin Syeikh Fakrurazi berkata lokasi pertama adalah membuat kunjungan terhadap Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir di Ibu pejabat Daerah Kota Setar.
Kunjungan kedua beliau menyantuni Kumpulan Syarikat E – Idaman seterusnya ke Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Majlis Bandar raya Alor Setar (MBAS).
Katanya, Banyak juga program E-Idaman buat yang kita tidak tahu, antaranya Free Market and Recycle, bengkel , tukar sampah dapat duit dan macam-macam lagi.
“Syukur, perjalanan program ini berjalan dengan lancar. Di kesempatan yang ada, kami telah menyerahkan sedikit cenderahati sebagai tanda kasih ziarah. Semoga usaha ini dapat menjalinkan hubungan yang baik di atas jalinan yang terbina,” ujarnya.
Hadir sama, ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz.