Home Berita PAS Kedah

Kedah jadi tuan rumah pemukiman Kelab Media Semalaysia

114
SHARE

LANGKAWI – Exco Penerangan, Multimedia dan Komunikasi Kedah, Wan Romani Wan Salim merasmikan pemukiman Kelab Media Semalaysia, baru-baru ini.

Pemukiman ini merupakan program julung kalinya diadakan bagi menghimpun semua persatuan dan kelab media dari seluruh Malaysia.

“Peranan teknologi digital sangat penting dalam medium penerangan.

“Memanfaatkan peranan teknologi ini diperlukan bagi memastikan semua syarikat media terus relevan dengan masa kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis makan malam sebagai pembuka tirai pemukiman.

Pemukiman yang berlangsung selama tiga hari ini membawa agenda yang berkaitan hak kewartawanan di Malaysia.

Menurut Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Tuan Kumaran Rajamoney, tercetusnya buah fikiran bagi mewujudkan kesatuan ini apabila ramai para pengamal media tidak divaksinkan lagi.

“Hasil perbincangan akhirnya suara kami untuk diberi keutamaan mendapat vaksin didengari oleh Kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Penyertaaan pemukiman ini terdiri daripada Kelab Media Putrajaya, Kelab Pengamal Media Melaka, Federation of Sarawak Journalists Asso,  Kelab Wartawan KL Selangor, Kelab Media Johor, Kelab Wartawan Media Terengganu, Kelab Media Negeri Sembilan, Kelab Media Pahang, Persatuan Wartawan Perlis

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Langkawi, Puan Siti Nor Salwa Abdul Razak.